Keputusan SPM 2009 : Kemana hala tuju anda? Siri 2

... Selepas anda membuat senarai 'checklist' ringkas, kenal pasti pula keupayaan anda untuk menongkah arus di alam baru yang jauh sama sekali berbeza dengan alam persekolahan; alam IPTA / IPTS (Institut Pengajian Tinggi Awam / Institut Pengajian Tinggi Swasta). Dapatkan panduan untuk meneruskan perjuangan selepas SPM.

Ketahuilah ini sama sekali dunia baru. Jauh berbeza daripada alam persekolahan. Saya sendiri satu masa dahulu mengalami 'culture shock' atau kejutan budaya. Ini disebabkan anda akan berjauhan dengan keluarga, pergerakan lebih bebas dan tidak terbatas. Tiada lagi uniform sekolah, tiada lagi berbaris sebelum masuk kelas, kerja rumah? Sendiri mau ingat. Takkan ada pensyarah, mahupun tutor yang akan menyuruh anda berdiri di atas kerusi jika kerja atau tugasan tidak siap. Tahu-tahu, anda mendapat F untuk matapelajaran tersebut.. F ?? Fail atau GAGAL!

Bercakap tentang pemilihan course atau bidang apa yang sesuai, ada yang berjaya memohon ke IPTA / IPTS mengikut minat masing-masing. Ada juga kerana mengikut kehendak ibu bapa yang mahukan anak mereka menjadi doktor, engineer, cikgu dan sebagainya. Ada juga yang mengikut kawan-kawan kerana tiada minat khusus atau tiada pendirian. Pilihan ini akan menentukan masa depan anda. Berfikirlah semasak-masaknya.

Pengalaman saya menyaksikan kawan-kawan, adik sendiri dan kenalan-kenalan lain, kandas di tengah jalan. Gara-gara tidak mengikut kemampuan diri, kurang berminat (bukan jiwa, tak masuk kepala..), tiada jati diri yang kental, dan juga masalah dalaman serta luaran, mengakibatkan 'ditendang' daripada pengajian. Minat tidak semestinya dapat menyara kehidupan anda dimasa hadapan. Dan tanpa minat juga, mungkin anda akan mengecap kejayaan, hasil suruhan ibu bapa... Semua itu adalah masa depan, kita tidak mampu membaca nasib kita. Jadi, buatlah keputusan yang terbaik serta wajar.


Berbincanglah dengan ibu bapa, abang serta kakak bagi membuat keputusan yang terbaik. Guru kaunseling sekolah anda juga boleh membantu. Janganlah menyesal dikemudian hari. Masa, serta wang menjadi taruhan. Apa yang sudah dilaburkan, akan lebur jiwa anda silap membuat perhitungan.. Mungkin juga anda boleh dapatkan panduan lepasan SPM?

Semoga berjaya. All the best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...