Beruk, Ayam dan Babi


Beruk : seekor haiwan mamalia yang dipelihara di Malaysia untuk memetik buah kelapa. Buah kelapa dijual, tuan dapat duit, beruk dapat guna Shampoo Garnier.

Beruk jantan biasanya dirantai bagi mengelakkan ia mencederakan wanita dan juga kanak-kanak. Beruk ini menghuni sebuah banglo di kampung Sempang, Merlimau, Melaka. yang pasti ia adalah 'seekor' profesional dalam profesyen kelapa @ nyior.



Ayam : tergolong dalam spesis burung. Ayam kampung pula diternak dengan cara komersial di dalam kawasan berpagar yang luas, disebabkan harga dan permintaan yang tinggi. Ayam kampung mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Harga ayam kampung mencecah RM10 sekilo. Bagi yang mempunyai sedikit ruang tanah lapang, perusahaan menternak ayam kampung amat menguntungkan, terutama jika anda mempunyai sisa makanan yang banyak setiap hari - dijadikan makanan ayam kampung ini.

Wabak selsema burung amat ditakuti oleh penternak ayam bila mana kesemua ayam mereka akan dihapuskan apabila virus selsema burung sudah menyerang ayam dalam peliharaan mereka.


Babi : (maaf tiada gambar babi dalam simpanan). Diternak secara besar-besaran kerana permintaan daging babi yang tinggi di kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, wabak selsema babi kini meggemparkan seluruh pelusuk dunia. Diwar-warkan sebagai wabak pemusnah umat manusia. Wabak selsema babi menjangkiti melalui udara. 2009 merupakan tahun yang menggemparkan peradaban manusia apabila virus ini mula dikesan di Mexico.

Saham-saham dunia merudum ekoran virus influenza A (H1N1) ini dan memburukkan lagi keadaan ekonomi dunia yang sedang gawat. Kaum babi pula amat bimbang dengan kepupusan etnik mereka di mana negara Mesir sedang giat menghapuskan mamalia berekor kontot ini. Diwartakan sebanyak 300,000 ekor sudah dibunuh.

Para pelancong Mexico tidak senang dengan kehadiran mereka di kebanyakan negara, kerana dikuarantin dan tidak dapat keluar dari terminal kapal terbang, mahupun hotel. Beberapa negara Asia kini dikhuatiri menularnya wabak selsema babi ini. Korea Selatan dan Hong Kong melapurkan kehadiran virus ini. ..... dahlah, penat menaip. Tengok sendiri keputusan carian swine flu

babi oh babi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...