Ceramic Club.. di mana dia, duit-duit saya.....

Duit-duit saya, kena pegang dengan BNM...
Di mana dia, cinta hati saya,
Cinta hati saya, melebur dalam Ceramic....

Tu lah dendangan sumbang suara aku mengikut irama lagu 'Di mana dia anak kambing saya".

Asia Ceramic Sdn Bhd, satu nama yang gah membawa masuk pulangan pelaburan yang memang amat lumayan kepada para pelabur. Aku memang telah lama perhatikan kerancakan program ini. Cuma aku sudah menutup hati untuk menyertai program umpama cendawan tumbuh ni. Ye lah, dah banyak aku tengok semuanya kecundang di tengah jalan. Sama juga macam cerita BuluhMas, Jazmeen dan sewaktu dengannya, diserbu Bank Negara Malaysia tempohari dengan segala aset serta hak milik mereka dirampas dan dibekukan. Yang merana, tentulah para pelabur yang memang 'bajet' nak kahwin la, nak besarkan rumah/ kedai / bini, dan sebagainya.

Kenapa dan mengapa Ceramic Club disita? Ambil deposit secara haram? Tak berdaftar? Tu kena tunggu penjelasas rasmi daripada BNM... Kita tunggu je la dulu.

Kan ke ada baiknya kita melabur ditempat-tempat sah dan bertauliah, macam Public Mutual Fund, beli rumah sebagai aset, melabur dalam Tabung Haji , atau yang terbaru, orang kita didedahkan dengan Rahsia Melabur dengan Emas.

Cerita-cerita lain yang hangat pasal rampasan BNM terhadap Ceramic Club:

rohaizad dot com » Asia Ceramic Sdn Bhd diserbu Bank Negara

Asia Ceramic Sdn Bhd diserbu Bank Negara Malaysia !!! / Negaraku!

Pejabat Asia Ceramik diserbu pegawai Bank Negara | Sifu Cari Duit ...

Pejabat Asia Ceramik Di Serbu - Page 3 - WangCyber.com - Komuniti ...

wanmus.com » Blog Archive » Asia Ceramic Sdn Bhd Kena Serbu Bank

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...