Menangani jenayah : Patutkah kita sebagai warganegara membantu membanterasnya?

SENARIO 1

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi. Terlihat kelibat anak-anak muda berdarah satria (mungkin berketurunan Hang Tuah) sedang bersidai di atas motor masing-masing di sepanjang jalan Tangjung Gading Muar.
Aku yang tak mahu melihat anak bangsa mati katak tanpa perlindungan insurans takaful, menelefon operator untuk meminta nombor balai polis Muar.

Aku : Encik, sekarang saya ada di Tanjung Gading, saya nak laporkan bebudak motor ni dah siap sedia nak merempit.
Orang yang jawab telefon : Oh, itu kawasan Sungai Mati.
Aku : Boleh bagi no telefon Sg. Mati (aku yang kena minta).
Orang yang jawab telefon : 06- ....bla. bla..

Niat aku terputus...



SENARIO 2


Aku baru sahaja masuk ke lebuh raya dari tol Sg. Besi menghala ke arah Selatan. Sampai di hentian R&R Seremban (arah selatan), aku berhenti sekejap untuk makan tengahari. Bila nak keluar dari kereta, ada sorang mamat bertindik sebelah telinga menghampiri aku sambil menghulur telefon Nokia N95. "Berapa?" aku bertanya. "700 bang", jawabnya ringkas.

Aku termenung, memikirkan bahawa telefon tersebut berkemungkinan besar 'barang panas'. Kesian mangsa yang hilang telefon bimbitnya itu. Kemungkinan lain pula, barangkali telefon tu barang tiruan dan tak boleh digunakan langsung, walaupun mamat tu suruh aku masukkan 'sim kad' untuk menguji. Aku mengatakan kepadanya supaya bagi aku masa berfikir ketika makan, dengan alasan aku ada hutang nak kena kira dulu.

Ketika makan, aku menelefon balai polis Seremban, kemudian Seremban menyuruh aku menelefon balai polis Nilai. Nilai pula menyuruh aku telefon balai polis Labu.

Kredit aku dah habis....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...