image credit : www.adweek.com
Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak
Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum
terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat
padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya,
orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota
keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.
Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat
atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal.
Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil
mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.
Sifat takbur mempunyai tiga peringkat iaitu :
1- Takbur kepada Allah S.W.T.
Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur seperti ini.

2- Takbur kepada Rasul
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10)

3- Takbur terhadap sesama manusia.
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.
Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:
a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.
a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.
Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat
ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika
sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala
amalan ditolak serta merta.
perkongsian daripada whatssapp