#@%*&!* .... ptuiii... Kurang ajar!!!

Kebelakangan ni, aku agak kurang 'online' disebabkan lokasi aku sekarang yang berada di Gemas Negeri Sembilan atas urusan perniagaan. Masalah talian maxis mobile broadband di kawasan Gemas ini amat mengecewakan dan mendukacitakan. Banyak urusan online aku tergendala. Kebetulan hari ini aku kena balik Muar untuk temujanji Ahmad Iqbal dengan doktor. Jadi aku cuba menyelesaikan beberapa urusan online yang tergendala.

Aku sebenarnya ingin berkongsi pengalaman aku berniaga di Gemas ini berlaku beberapa hari lepas. Mungkin isteri atau pekerja aku terlepas pandang ketika menerima wang RM50 palsu tersebut atau pun disebabakan kekalutan terlalu ramai pelanggan ketika kejadian berlaku. Apa yang pasti, bila aku mengira jumlah kutipan hasil jualan pada malam tersebut, sah duit RM 50 tersebut adalah palsu.

Walaupun wang palsu tersebut tidak professional dari segi pembikinannya, pasti ramai lagi mangsa yang akan tertipu. Duit tersebut dicetak menggunakan pencetak komputer biasa, manakala bahagian berkilat warna perak dimuka depan menggunakan pelekat (sticker), dan bahagian perak di belakang menggukan pen market dakwat perak.

Apa yang dikesalkan adalah hasil pembuatan dan pengedarannya di pasaran akan menyebabkan pincangnya ekonomi negara. Ini pasti kerana kertas yang diniagakan tidak mempunyai nilai sama sekali. Lebih malang jika anda membuat laporan kepada polis, wang tersebut akan disita dan anda akan kerugian 50 ringgit. Pihak bank juga tidak dapat menerima duit palsu tersebut kerana sifatnya yang tidak membawa sebarang nilai.

Jadi, anda semua perlu lebih berhati-hati jika menerima nota RM50. Kalau ada pengimbas 'ultra violet', memang senang, tapi kalau gunakan mata kasar, mungkin kita adalah mangsa yang seterusnya.

Sedih... sungguh sedih, Malaysia masih mempunyai ramai malaun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...