Iklan petronas Selamat Hari Deepavali 2011



Biasanya aku akan menjadi peminat setia siri-siri iklan Petronas saban tahun. Semuanya aku suka, tak kira iklan hari raya puasa, hari raya haji, tahun baru Cina, deepavali, mahu pun krismas.

Untuk sambutan Deepavali 2011 ini, sekali lagi iklan Petronas menghiasi kaca tv para penonton semua. Kalau nak saksikan video iklan petronas ini secara penuh, bolehlah ke SINI. Cuma iklan kali ini tak cukup dramatik dan kurang beremosi, tidak seperti waktu-waktu beberapa tahun kebelakang, di mana iklan petronas amat diminati dan menjadi ikon kepada hasil buah tangan Allaryarham Yasmin.

Oklah, tak mau cerita banyak, korang boleh tengok sendiri. Atau kalau nak cuba nasib menang 76 gram gold sempena Deepavali, mungkin boleh tengok Deepavali Maybank.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...