TENTU KITA BOLEH LAKUKAN LEBIH BAIK LAGI…



Di dasar laut yang hening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu yang besar. Makanan mudah di dapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram.

Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut.

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cengkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cengkerangnya. Mereka cuba meludah-ludah pasir tersebut tetapi tidak mampu. Mereka cuba mengangakan cengkerang luas-luas agar pasir dapat dikeluarkan, namun mereka berdepan risiko lebih banyak pasir akan masuk kedalam cengkerang.

Setelah pelbagai ikhtiar di lakukan, tiram tersebut memberi satu cadangan kepada pasangannya: "Jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?:

Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan.

Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada di dalam cengkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanyalah pasir.

Sebagai renungan di pagi jumaat ini, jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebagai khalifah dimuka bumi ini, apa agaknya yang manusia mampu lakukan? Pilihan ditangan anda. Fikir-fikirkan wahai sahabatku… —  Datuk Dr Maznah Hamid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...