Nurul Ramli:Perjalanan menujuNya
Hubabah Khadijah.
Nama itu sangat memotivasikan saya sehingga saya berani mengatakan tiada kisah lain (kisah zaman kini) mampu memberi motivasi lebih tinggi melainkan perjalanan yang dihadapi oleh Hubabah Khadijah.
Dia bukan hidup di zaman Nabi, bukan zaman sahabat, juga bukan zaman imam2. Bahkan dia turut merasa hidup di zaman kita, baru meninggal dunia beberapa tahun lepas.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang jiran beliau yang secara langsung bersama beliau di saat2 akhirnya.
"Di suatu petang pada bulan Ramadhan, Hubabah Khadijah berpesan kepadaku supaya malam ini dapat dilaksanakan solat terawih lebih awal iaitu sebaik sahaja masuk waktu isyak akan dilangsungkan solat isyak dan teruskan dengan solat terawih. Hubabah Khadijah seorang warga emas yang tinggal sendirian di rumahnya, namun setiap kali solat fardhu dia akan memanggil aku atau sesiapa yang berhampiran untuk berjemaah bersamanya di rumahnya kerana dia tidak mahu bersolat fardhu bersendirian walau satu solat. Sudah menjadi rutin saban malam Ramadhan aku menemaninya solat terawih berjemaah di rumahnya.
Pada malam itu, aku datang ke rumahnya lebih awal sebaik selepas berbuka puasa sepertimana yang dipesan. Katanya malam itu dia mahu selesaikan terawih lebih awal kerana mahu ke suatu jemputan keramaian. Aku agak kehairanan, pertama adalah kerana pada bulan Ramadhan kebiasaan tidak dilakukan apa2 majlis keramaian di sana, kedua aku hairan kerana Hubabah Khadijah sebelum ini pun tidak pernah menghadiri apa2 majlis keramaian. Aku ingin bertanya tetapi kelihatan Hubabah Khadijah begitu sibuk sekali sehingga aku tidak sempat bertanya.
Sewaktu aku masuk ke rumahnya, Hubabah Khadijah baru selesai di bilik air, dan seperti kebiasaan, dia tidak akan bercakap selepas berwudhuk melainkan diselesaikan dahulu solat sunat wudhuknya. Aku melihatnya memakai baju baru yang pernah disebutnya akan diguna untuk berhari raya nanti. Ini memang betul dia mahu menghadiri jamuan keramaian, fikirku. Sebaik selesai solat sunat wudhuk terus dia mengajakku langsung mengerjakan solat fardhu isyak. sebaik sahaja selesai dia meneruskan kebiasaan solat sunat ba'diyyah isyak dan terus mengajakku solat terawih. Kami melaksanakan 20 rakaat solat sunat terawih seperti kebiasaan. Tetapi malam itu sebaik sahaja selesai terawih dia langsung menyelesaikan solat sunat witir 11 rakaat. Aku kehairanan, kebiasaan Hubabah Khadijah akan mendirikan solat witir 8 rakaat sahaja, dan akan menyelesaikan 3 rakaat lagi di dalam tahajudnya nanti, tetapi malam ini disiapkan 11 rakaat terus.
Sebaik sahaja selesai, aku sekali lagi tidak sempat bertanya. Malah Hubabah Khadijah menahanku dari bercakap, katanya dia mahu cepat, namun dia menahanku dari pulang ke rumah. Katanya "kamu di sini saja sehingga aku pergi". Dia lalu membuka mushaf alQuran dan membacanya sehingga khatam, yang dimulai sejak awal Ramadhan. Dibacanya doa khatam alQuran yg panjang itu. Sementara menunggu Hubabah Khadijah menyelesaikan bacaannya, aku menjenguk2 di jendela mencari2 di mana kereta yang akan membawa dia ke majlis keramaian nanti.
Selesai bacaan.. dia terus masuk ke biliknya dan membaringkan badannya di katil. Aku terpinga2. "Hubabah tadi kata mahu ke majlis...." Dia lalu tersenyum dan berkata dengan lembut "sekarang aku mahu bertolak.. Tuhan sudah menjemputku nak"... Aku menangis tidak terkata kerana baru aku faham ke mana Hubabah mahu pergi sebenarnya.. aku mengatakan sambil menangis aku mahu mengikutinya juga. Dia menyambung lagi dengan nada lembut dan tersenyum "setiap orang ada waktunya nak, sekarang waktu ku.. dan aku sudah lama merindukan pertemuan ini, akan tiba nanti waktumu juga.
Tolong sampaikan salamku kepada yang mengenaliku. Katakan pada mereka, jika mereka bersalah padaku aku sudah memaafkan mereka, jika aku ada berbuat salah pada mereka, mohon maafku pada mereka". Lalu aku melihat Hubabah tersenyum dengan senyuman paling indah yang pernah kulihat, dia melafazka n syahadah dan perlahan2 nafasnya menghilang.
Tolong sampaikan salamku kepada yang mengenaliku. Katakan pada mereka, jika mereka bersalah padaku aku sudah memaafkan mereka, jika aku ada berbuat salah pada mereka, mohon maafku pada mereka". Lalu aku melihat Hubabah tersenyum dengan senyuman paling indah yang pernah kulihat, dia melafazka n syahadah dan perlahan2 nafasnya menghilang.
Allahummakhtimlana bi husnil khotimah.