Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Tarikh melihat anak bulan Ramadan
Salam buat semua pembaca,
Petang hari ini, Khamis 19 Julai 2012, merupakan tarikh melihat anak bulan Ramadhan, 1433 H. Macam biasa, pemantauan akan dibuat sebelum masuknya waktu Maghrib di beberapa balai cerap dan lokasi terpilih dis seluruh negara.
Saat yang dinanti, pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja menjelang pukul 8 malam, menyatakan samada 1 Ramadan jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu.
Saya dan keluarga dengan rasa rendah diri memohon keampuanan daripada kalian semua kiranya ada khilaf kesalahan daripada kami.
Fadhilat Ramadan supaya kita mengingati dan menginsafi mereka yang susah, fakir dan miskin. Oleh itu, kita perlulah besederhana dalam pelbagai perkara, daripada juadah berbuka puasa, buffet Ramadan di hotel berbintang-bintang, mahupun membuat persiapan langsir, baju raya dan perabot baru.
Bulan Ramadan bulan untuk mengawal pelbagai jenis nafsu, tak kira nafsu seks, nafsu membeli belah, nafsu makan dan pelbagai jenis lagi.
Pada kesempatan ini, kami skeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bulan Ramadan Al- Mubarak. Semoga Ramdan ini menjadi lebih baik daripada yang lepas-lepas, dan harapan agar segala amalan kita diberkati dan dirahmati.
Salam Ramadan 1433
Tarikh melihat anak bulan Ramadan
2012-07-19T14:22:00+08:00
Samdaddycool
1433|2012|agama|bulan puasa|ramadan|ramadhan|tazkirah|