Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Bayaran pertama Jobdirumah
Alhadulillah, rezeki.. tu yang mampu aku ucapkan. Bukan niat untuk menunjukkan kehebatan, atau berasa riak. Sekadar berkongsi pengalaman bekerja di rumah, bagaimana wang boleh masuk ke kantung hanya dengan melakukan kerja-kerja part time, secara sambilan.
Semuanya hanya dari rumah , bukan sewenang-wenangnya buat kerja luar di pejabat., (please don't treat your boss' office like your own house).. Keberkatan yang kita cari, keredhaan yang kita tagih, halal dan toyibah wajib dicari. Gunakan masa anda yang dibayar untuk bekerja buat kerja-kerja yang diamanah.
Ok, cukup tazkirah @ bebelan aku. Antara sebab utama aku menulis kali ini, adalah sebagai salah satu cara (method) untuk memperkayakan keyword cari kerja part time, kerja di rumah, kerja kosong, dan juga kerja online.
Semua orang dah maklum, zaman sekarang ramai yang memerlukan kerja sambilan, tak kira samada melakukan kerja dari rumah atau pun melakukan kerja part time pada malam hari, atau hujung minggu. Bagi aku, aku memilih untuk membuat kerja di rumah secara online. Dan makin hari makin selesa dengan membuat kerja sambilan tanpa modal.
Suatu masa dulu, aku kena keluar rumah mencari rezeki di pasar-pasar malam, pasar tani dan ekspo. Kemudian fasa seterusnya aku masuk pula bekerja kolar putih di pejabat. Tapi kerja kuli, biasalah kena maki dan diherdik bos yang suka buat 'semak' kepada anak-anak buahnya. Sudah menjadi adat, kuli tetap kuli, bos is always right. Tapi kalau bos baik hati, buat bodo dengan karenah anak-anak buah, jangan pula kita pijak kepala dia. Beruntung dapat boss yang baik hati!
Kini, aku semakin kuat berangan kerja sendiri semula, buat kerja dan jana pendapatan dari rumah. Seronok dan puas hati dapat tengok anak hampir sepanjang masa (cover line tak sebut isteri). Sapa tahu, kalau ajal tiba-tiba menjelma, sekurang-kurangnya anakku dah puas menatap wajah ayahnya.
Rezeki kita, Allah dah tentukan, banyak atau sikit, bersyukur dan redha. Kerja makan gaji ke, atau kerja sendiri, pun dah tertulis. Tak perlu merungut apatah lagi mengeluh. Doa dan usaha, Insyaallah ada balasannya.
Wasalam.
Bayaran pertama Jobdirumah
2012-07-11T01:38:00+08:00
Samdaddycool
affiliate|bekerja di rumah|bisnes|Buat duit part time|job|kerja|kerja di rumah|kerja part time di rumah|panduan|part time|rumah|sambilan|tips|