Clickbank : Pecah telur beb!


Agak lama aku tak menulis dalam blog 'aku menulis bukan kerana nama' ini. Kebelakangan ni agak sibuk sedikit dalam mempromosikan jubah dan tudung di blog Muhasabah Trading dan ebay store.

Aku sekadar nak kongsikan kegembiraan aku pada hari ini dengan korang semua. Maghrib tadi sebelum berbuka, macam biasa aku layari internet sekejap dan jenguk-jenguk pada akaun ClickBank. Tiba-tiba mata aku terpaku pada skrin laptop dan sempat tersenyum kambing sorang-sorang. Alhamdulillah, tak terhingga gembira aku dibuatnya. Mana tak, ada satu 'sales' masuk. Yang pertama dalam sejarah sejak aku melibatkan diri mempromosikan produk affiliate.

Aku akui, USD $24.00 tu tak banyak mana jika nak dibandingkan dengan otai-otai di luar sana. Tapi, pada aku yang bertaraf amatur ni, memang itu adalah sesuatu yang menggembirakan. Jualan pertama, atau dipanggil 'pecah telur' di kalangan orang-orang berniaga.

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Yang besar bermula dengan yang kecil. Tiada kejayaan datang bergolek, dan tiada kesenangan tanpa pengorbanan. Bukan semua orang mempunyai bakat untuk berjaya dengan jalan singkat. Macam aku, banyak masa dan duit aku keluarkan untuk menghadap internet saban hari serta membeli ebook dan membaca tips-tips dalam blog-blog otai.

Hanya satu yang aku pegang, "usah berputus asa" atau NEVER GIVE UP .

Usaha, usaha, usaha dan terus berusaha. Itu yang aku lakukan. Banyak teknik yang aku gunakan dalam mempromosikan ClickBank dan juga program affiliate ni. Dalam banyak situasi, aku menggunakan strategi serampang 2 mata. Affiliate aku promosikan, Google Adsense juga dapat tempiasnya. PPC, pemasaran Video marketing (youtube), blogging, SEO banyak yang aku cuba.

Secara jujur, affiliate dan Google Adsense bukan kepakaran aku. Cuma aku cuba juga untuk menembusi tembok penghalanganya. Sebab kenapa aku tak putus asa? Aku yakin dan kalau newbie lain boleh buat, kenapa aku tak boleh? Dia orang makan nasi, aku pun makan nasi.

Sematkan dalam dada, "NEVER GIVE UP!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...