Sebenarnya aku nak kata lupakan buat seketika contest Eyriqazz vs Denaihati sebab nak kongsikan lagi satu medium
kerja sambilan di rumah yang memang sangat mantap.
Dulu, aku lebih mengutamakan ebay berbanding blogging. Kenapa? Sebab ebay merupakan lubuk utama aku untuk pendapatan kerja part time di rumah. Dengan ebay, aku menjual produk sendiri, dan juga bergelumang dengan dropshipping.
Tapi, langit tak selalu cerah.. aku kena 'banned' sebab menjerumuskan diri dengan ebay dropship tanpa ilmu yang mendalam, apatah lagi tanpa bimbingan seorang guru..
Lama aku menderita sengsara. Punca pendapatan utama aku untuk kerja part time online hilang lenyap ghaib ditelan angin lalu... Status power seller yang aku agung-agungkan lenyap dimamah mimpi ngeri. Aku fobia, aku cuci tangan terus daripada ebay.
Jadi, sekarang, aku nak bertempur semula, masuk medan ebay dengan lebih yakin dengan ilmu dan panduan. Persiapan mental perlu aku kuatkan. Perasaan serik aku buang jauh-jauh. Hati kering, aku semat semula dalam hati..
Tapi, kali ni aku tak mau pergi berjuang dengan tangan kosong. Aku kena siapkan ilmu di dada. Strategi perlu diatur, rujukan yang betul, perlu aku jadikan pedoman. Aku harap panduan Rempit eBay version 2 ni dapat menjelmakan impianku. Aku nak mimpi indah semula..... amin.