Tari Pendet Budaya Asli Malaysia?

‘Kes ugutan bukan pendirian masyarakat Indonesia’

KUALA LUMPUR: Indonesia menyifatkan beberapa kejadian yang dilakukan segelintir rakyat negara itu berhubung isu kebudayaan adalah kes terpencil dilakukan oleh golongan kurang pemahaman dan tidak menggambarkan pendirian rakyat negara terbabit.

Pengerusi Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka (EPG) Indonesia, Tan Sri Try Sutrisno, berkata kerajaan Indonesia sangat komited mengenai hubungan baik dengan negara ini dan tidak mahu ia dirosakkan oleh isu kecil.

“Itu bukan pendirian masyarakat Indonesia ...itu dilakukan segelintir saja yang kurang pemahaman, tapi kita akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini mudah-mudahan pertemuan ini memberi maklumat kepada masyarakat dan ketenteraman dua negara.

sumber : Berita Harian



Ini adalah video dari Youtube dengan ulasan, "Malaysia menggunakan tari pendet sebagai ikon budayanya melalui promosi Enigmatic Malaysia di Discovery."



Sesungguhnya susasana keruh yang berlaku sekarang amat 'panas' jika kita hendak menyalahkan atau menunding jari masing-masing. Berita yang digembar-gembur oleh sesetengah pihak menaikkan kemarahan sebilangan rakyat Indonesia yang cukup sensitif dengan pelbagai isu yang melanda antara kedua-dua negara kebelakangan ini.

Aku sebagai salah seorang manusia yang cuba tidak bermain api dengan 'racist' atau perkauman, berharap agar isu ini dapat dipadam. Syawal bakal menjelma. Usahlah lebaran ini diraikan dengan pertumpahan darah. Bagi warga Indonesia, kawallah nafsu kemarahan anda. Ramdhan ini mengajar kita bersabar dan beramal ibadah, bukannya mencari balah. Berfikir dan bertindak dengan waras.

Untuk rakyat Malaysia pula, janganlah mengeruhkan keadaan. Berhati-hati dalam memberi komen samada di blog ataupun youtube. Tiada yang untung jika kita terus-terusan mencaci dan memaki hamun dengan kata-kata nista. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Tepuklah dada, tanya iman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...