Tragedi bas ekspress 10/10/10

Semalam masing-masing teruja dengan tanggal 10.10.10, apatah lagi dengan ramai pasangan mangabadikan detik bersejarah mengikat janji, mengabadikan perkahwinan termasuk angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos. Siaran langsung di stesen tv mewarnai detik gemilang itu. Begitu juga kejuaraan MotoGP di Sepang memberi satu makna kepada penonton dan juga pelumba.

Gambar galeri Utusan

Namun itu episod suka, ada juga yang berduka. Di lebuhraya PLUS, lain pula ceritanya. Kemalangan maut yang meragut 12 15 nyawa nyata membawa mimpi ngeri kepada keluarga mangsa dan juga mereka yang terbabit.

...satu kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat sini, petang semalam.

...sila ke sini untuk senarai yang terbunuh dan cedera. Tambahan senarai terkini di sini.


Takziah buat keluarga mangsa dan Al-Fatihah buat merkea yang pergi meninggalkan kita.

Bila terjadi tragedi sebegini, pelabagai pihak mula mengeluarkan kenyataan supaya tindakan, pantauan, siasatan dan juga kajian dibuat bagi mengelakkannya berulang. Mungkin kita semua sudah hampir sebati dengan 'kenderaan awam dapat mengelakkan kemalangan'. Tapi apa yang terjadi? Tak cukupkah dengan peristiwa ngeri kemalangan bas Sani Ekspress penghujung tahun 2009?

Aku kebetulan membatalkan hasrat menaiki bas ekspress dari Melaka ke KL pada petang hari tersebut, sekurang-kurangnya bersyukur dengan pelbagai andaian yang mungkin berlaku. Syukur mungkin tidak terbabit dengan nahas, atau sekurang-kurangnya tidak terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya.

Di sebalik kejadian, pasti akan muncul rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak. Aku sendiri yang biasa menggunakan perkhidmatan bas ekspress rasa tercabar dengan kewibawaan pemandu bas yang lagak persis 'rider' kereta lumba. Hatta aku juga memandu dengan kelajuan 100km/h di 'PLUS highway' seringkali di potong segelintir pemandu bas dan lori.

Aku bukannya juara untuk bersuara dan juga bukannya sempurna untuk menjatuhkan hukum. Tapi pemantauan bukan jalan yang terbaik untuk menangani kejadian ini. Selagi si pemandu masih memegang status seorang manusia rakyat Malaysia. Aku juga bukannya terlalu pandai untuk memberikan idea bernas kepada kerajaan tapi sekurang-kurangnya sesuatu boleh dilakukan kepada enjin atau had laju bas / lori (secara mekanikal) bagi mewujudkan pemanduan berhemat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...