Aku pelik Khasiat Buah Kurma


Khasiat Kurma... Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." ...        petikan wall Ustaz Don Daniyal.

Aku teringat sabda nabi saw yang maksudnya lebih kurang begini, "rumah tanpa kurma, seumpama rumah tanpa makanan".

Aku pelik, kenapa makanan sunnah (kurma) tidak dijadikan amalan di Malaysia pada hari-hari biasa. Ia hanya akan muncul kelihatan pada bulan Ramadan sahaja. Walhal, hampir semua umat Islam di Malaysia sedar kelebihan yang terdapat pada buah kurma.

Aku pelik sebab makanan sunnnah dan disebut berulang kali dalam al Quran, tidak menjadi tradisi kita, tapi burger McDonald, boleh pula dihadap hampir setiap minggu. (ada lagi beberapa jenis makanan kesihatan yang tidak disebut dalam hadith dan Quran, tapi diamalkan masyarakat kita).

Aku pelik sebab, kebanyakan orang kita pandai cakap tapi tak serupa bikin..



Apa lagi, share tentang khasiat buah kurma. Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi blog ni.

Sabda nabi, "sampaikan ilmuku, walau dengan sebaris ayat".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...