Jom Berhenti Merokok

 

 Jom Berhenti Merokok!

Bulan Ramadan dah makin hampir, maknanya kita akan memasuki bulan puasa, bulan penuh rahmat dan keberkatan.

Memang kalau ikut logik akal, bulan puasa sebenarnya adalah masa paling sesuai untuk berhenti merokok. Sebab utam adalah tempoh kita berjaga + boleh makan adalah sangat singkat iaitu dari pukul 7.30pm - 12.00am (4.5 jam + 1 jam sahur).

Dalam tempoh waktu ini sahaja seorang perokok tegar boleh mengambil bekalan oksigen sepuasnya.

Tapi itu bukannya perkara mudah. Sebabnya? Aku adalah bekas perokok tegar dan pernah melalui Kerja Gila : berhenti merokok, satu ketika dulu. Memberi perangsang dan memberi petua serta tips berhenti merokok tidak semudah yang disangkan. Sama macam berat mata memangdang, berat lagi bahu yang memikul.

Masalah utama kebanyakan perokok tegar, mereka akan hentam air segelas, dan hisap rokok untuk berbuka puasa.  Walau pun masing-masing tahu bahaya merokok, itu belakang kira. yang penting sudah dapat pam asap rokok ke  dalam paru-paru. Lepas habis sebatang, barulah dikerjakan nasi atau solat maghrib dahulu. Ini bukan cakap kosong beb, gua dah lalui semua tu.

Untuk berhenti merokok, semuanya datang daripada hati. Hanya kekuatan semangat, kecekalan, azam dan tekad yang bersungguh sahaja yang membolehkan kita berjaya lepas zon perokok tegar, berhenti dan menjalani gaya hidup sihat.

Alhamdulillah, aku dah berjaya melepasi dunia gelap seorang perokok. Aku doakan kalian yang masih mencuba  semoga berjaya dan jangan putus asa. Lagi satu, rokok telah difatwakan haram.

Selamat berpuasa dan selamat berhenti merokok.


Wasalam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...