Tiga puluh enam minggu enam hari



Alhadmdulillah, sudah tiga puluh enam minggu enam hari, kata doktor, mengiyakan cakap jururawat yang menjalankan pemeriksaan sebentar tadi.

InsyaAllah, hari raya puasa tahun ini kami akan beraya bersama dengan 'baby' baru, yang dijangkakan kelahirannya pada 9 Ogos 2012. Ya, 2 minggu sebelum menjelangnya Syawal.

Padaku, ini adalah salah satu lagi rezeki kurniaan Ilahi. Anak, atau cahaya mata, memang diidam-idamkan oleh hampir kesemua pasangan suami isteri yang baru berkahwin. namun, itu semua kerja Allah. Kita hanya boleh berusaha, berdoa dan tawakal. Mengandung atau tidak, kita serahkan padaNya.

Syukur tak terhingga, sebab sehingga kini, semuanya ok. Kami akur dan kena waspada dengan faktor darah rhesus A- negatif dan 'suspect' kencing manis. Agak penat juga kami suami isteri berulang alik saban hari ke klinik kesihatan Ujong Pasir dan hospital Melaka. Terima kasih buat para doktor, dan petugas di sana. Jasa kalian tak terbalas rasanya. 

Banyak yang kami lalui, dan aku sendiri akui.  Walau pun ini merupakan anak yang ketiga, perjalanannya tak semudah yang didengar. Ada ketika, aku terpaksa bersabar dengan mood dan angin si isteri yang bertukar pada awal kehamilan. Menjadi malas, rumahtangga tak terurus, kain baju terabai, dapur pun tak berasap. Untuk para suami di luar sana, tanganilah karenah isteri buat sementara waktu ini.

Syukur, aku masih waras dan jadi lebih matang meniti usia lewat 30an. Aku cuba menjadi lebih cool, menangani rumahtangga dan si Ahmad IQbal, anak keduaku yang sedang lasak.

Pejam celik, sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 3 minggu untuk kelahiran anak ketigaku ini. Semoga urusan kami dipermudah dan kedatangan si kecil membawa seribu rahmat dan rezeki kepada kami.

Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...