Taqwa ke jalan keluar?

Perkongsian daripada whtassapp. Kisah yang agak santai, tapi memerlukan penghayatan. Semoga kita beroleh manfaat bersama.

KISAH INI HANYA SBG PENAMBAH MAKLUMAT AGAR QALBU KITA LEBIH MANTAP STATUS TAQWA:
*jangan jadikan sbg dalil pulak yea...

Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja di sebuah hotel yang biasa menyajikan arak dan menjual barang-barang syubhat bertemu dengan seorang a'lim. 

Kemudian a'lim menyuruh lelaki tadi untuk berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki ini beralasan bahwa dia terpaksa bekerja di hotel itu kerana ingin menyara ahli keluarganya dan untuk membayar hutangnya.

A'lim kemudian berkata, “Wahai anakku, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَن يَتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا – الطلاق:٢

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan (Qur’an Surah Ath-Thalaq:2)”.

Lalu a'lim bertanya kepada lelaki itu, “Adakah Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?”.

“Allah menyebut taqwa dahulu,” jawab si lelaki itu.

A'lim pun berkata, “Jadi kenapa kamu mahu mencari jalan keluar dahulu sebelum taqwa? Kenapa duduk di tempat mungkar ini untuk mencari jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa? Kamu semestinya bertaqwa dahulu dan kemudian pasti Allah akan menunjukan kamu jalan keluar”.

Setelah mendengarkan nasihat a'lim tadi,maka lelaki ini pun setuju. Dia meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tersebut.

Tak lama selepas itu, ada seseorang datang bertemu dengan lelaki ini dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang berada di Madinah Al Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ. Pekerjaan barunya ini ternyata lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai dilunaskan disebabkan dia mahu mendengarkan nasihat a'lim dulu.

Mari kita imbas semula : “Yang mana lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?”

Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan memberi jalan keluar.

Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam keadaan ingkar kepada Allah? Ketawa Iblis melihat situasi bani Adam dgn keadaan ini,iya kan?

“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukan jalan keluar”.....JANGAN sebaliknya pulak!

*santapan qalbu di hari Jumaat*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...