3 orang sudah masuk Latihan Kerja Praktikal

Bermula Isnin lepas, 3 orang sudah masuk Latihan Kerja Praktikal di Idea Workshop Sdn Bhd. Seorang lelaki dan 2 'bunga', ketiga-tiganya daripada jurusan senibhina Politeknik Port Dickson.

Aku harapkan mereka mendapat pembelajaran yang terbaik sepanjang bekerja praktikal di firma arkitek ini. Aku juga berharap untuk memberikan segala tunjuk ajar yang sehabis baik buat mereka.

Aku satu ketika dulu pun pernah merasai dunia 'blur', kekurangan ilmu pengetahuan ketika mula-mula bekerja. Memang selalu kena marah dengan bos, terkial-kial buat kerja. Jadi, aku tak mahu graduan-graduan di luar sana jadi macam aku. Aku nak diaorang semua mantap dan berkaliber bila 'grad'.

Untuk mereka bertiga dan yang lain-lain di luar sana, selamat menjalani latihan praktikal. Selamat maju jaya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...