Secara kebetulan, aku baru je mendaftar Isnin lepas di kaunter promosi Streamyx Melaka Mall, selepas selesai berurusan di MPHTJ. Alhamdulillah, semalam (Sabtu), team Streamyx telah menyambungkan talian telefon dan internet jalur lebar (broadband).
Macam tak percaya pula, sepantas tu aku dapat internet. Mana taknya, selepas aku menerima panggilan telefon pada tengahari Sabtu dalam keadaan mamai-mamai, tup-tup muncul diaorang datang.
Nasib baik aku ada di rumah, dan lebih bernasib baik, aku berjaya mendapatkan pakej 4 Mbps yang agak terhad (aku berjaya dapatkan line pelanggan yang dah di tamatkan perkhidmatan). Kalau tak, memang streamyx akan 'refund' pada aku bayaran yang dah dibuat.
Tapi betul ke dapat HP Netbook 1 Malaysia percuma???
Betul atau tak betul, ini aku salin semula apa yang ditawar untuk pakej Jalur lebar dengan Netbook HP (Ekslusif untuk Melaka sahaja):
- Pendaftaran PERCUMA, satu salinan IC diperlukan.
- Kontrak 3 tahun, tamat awal / berpindah (luar Melaka) penalti RM600
- Pemasanagan hanya untuk di Melaka sahaja
- Caj wiring talian minima RM50 dibayar pada kontraktor
- Anggaran caj untuk 3 bulan pertama (dalam bil TM):
- RM110 (termasuk deposit talian RM75)
- RM119 x 2 = RM236 (streamyx sahaja, caj untuk 2 bulan)
- RM118 (sepanjang langganan, tidak termasuk caj panggilan)
*HP Netbook akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pemasangan stremyx.
Pada aku, memang berbaloi, cuma, bagi sesetengah orang, mungkin kontrak 3 tahun yang agak berat untuk dipegang (sebab kena penalti RM600 kalau tamat awal / berpindah luar Melaka).
Terima kasih pada technician yang bertugas.
Jadi aku rasa amat beruntung menumpang 'tuah' di bumi hang Tuah ini.. ;)